Emas Sebagai Alternatif Pelaburan

Emas FizikalMinggu ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.

Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.
Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.

Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.

Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.

Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.

Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.

Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.

Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.

Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.

Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.

Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.

Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.

Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) – Utusan Malaysia Online
Emas Fizikal

Elok Melabur Dalam Bentuk Emas

 

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.

Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.

Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?

Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.

Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.

Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) – Arkib Utusan Malaysia / 14-11-2009

Harga Emas Dalam Masa 10 Tahun

Salam semua , tahukah anda harga emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.Peningkatan harga emas dunia boleh dikatakan stabil sehingga hari ini.Dengan membuat pelaburan emas , anda tidak akan rugi sama sekali sebaliknya sentiasa mengaut keuntungan.Tapi masih ramai yang tidak menyedari akan potensi pelaburan emas.Mereka lebih gemar membuat pelaburan saham yang entah apa-apa.So mengapa anda masih menungu dan terus menunggu sedangkan peluang meningkatkan taraf hidup anda sudah tersedia.

Berdasarkan carta dibawah kenaikan harga emas dunia sebanyak 284% dalam masa 10 tahun.Ini bermakna dalam setahun kenaikan harga emas adalah 28.4%.So marilah kita sama-sama mengambil peluang meningkat taraf ekonomi melalui pelaburan emas.

harga emas 10th

Bentuk dan Nilai Emas Keluaran Public Fine Gold

Salam sahabat semua…mungkin masih ramai yang belum sedar akan potensi dan jaminan kewangan jika kita memiliki emas berbanding aset lain seperti duit kertas , kereta mewah , rumah besar , tanah dan sebagainya.Semoga kehadiran blog ini dapat menyedarkan kita semua akan potensi emas untuk jaminan hidup pada masa akan datang.Sebagai contoh nilai RM1 sekarang tidak akan sama 5 tahun akan datang.Sebaliknya nilai emas akan terus meningkat dari masa ke semasa.

Berbalik pada topik asal kita pada hari ini mengenai bentuk fizikal emas dan nilai emas fizikal yang di keluarkan oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd.

emas20gram Goldbar (Emas 999/24K) 20gram

emas50gram Goldbar (Emas 999/24K) 50gram

emas100gram Goldbar (Emas 999/24K) 100gram

syilingemas50gram Goldcoin (Emas 999/24K) 50gram

1 dinar 1 dinar (emas 916/22K) = 4.25gram

5 dinar 5 dinar (emas 916/22K) = 21.25gram

10 dinar 10 dinar (emas 916/22K) = 42.5gram

Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.

Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!

Bagaimana hendak melabur dengan emas?

Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda.Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.Oleh sebab itulah, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas ini diterbitkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia. Ianya diterbitkan oleh gabungan seorang IM, seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya, sila layari web di bawah.
RaksiaEmas

Ikhlas,
Norhayati Nazri

Bagaimana Nak Mula Pelaburan Emas

Salam sahabat emas…Rupa-rupa masih ramai yang tidak tahu nak mula pelaburan emas.Mereka bukan tak nak tapi tidak tahu hendak mula dari mana.Patut ler pelaburan emas kurang menyerlah di Malaysia berbanding pelaburan haram/skim cepat kaya / mlm / piramid dan seumpamanya.

Adakah mereka yang tahu mengenai pelaburan emas tidak menyampaikan info mengenai pelaburan emas ? Adakah pelaburan emas memerlukan modal yang tinggi ?
Adakah pelaburan emas tidak mendatangkan pulangan yang banyak dan cepat ?
Adakah sikap orang kita sendiri malas untuk mencari ilmu mengenai pelaburan emas ?

Baiklah , kita tinggalkan persoalan diatas kerana jawapannya tidak penting sama sekali.Apa yang penting tindakan.Tanpa tindakan kita tidak akan ke mana-mana.Jika anda sudah pun mengetahui tentang emas , saya rasa ia satu anugerah yang cukup bernilai dari Allah Taala.So tugas kita semua , sampaikan pada mereka yang belum @ tidak tahu mengenai emas.

So bagi meneruskan cerita emas pada kali ini , saya huraikan secara ringkas bagaimana nak mula pelaburan emas / perniagaan emas.

  1. Sediakan modal yang mencukupi.Modal yang diperlukan dalam bentuk duit fiat dan ilmu mengenai emas ( ilmu boleh dipelajari blog ini secara percuma @ cari info di enjin carian @ belajar secara langsung dengan orang yang berpengelaman ).
  2. Setelah anda mempunyai modal , terdapat 2 kaedah pelaburan emas.Kaedah pertama dengan beli/jual emas fizikal seperti dinar kelantan/kijang emas/emas public gold dan sebagainya.Kaedah kedua dengan membuka akaun pelaburan emas dengan bank Maybank atau Public Bank.
  3. Akhir sekali , anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan emas dari semasa ke semasa.

p/s : Cukup dah kot penerangan serba ringkas mengenai bagaimana nak mula pelaburan emas.Kalau ada apa-apa masalah boleh komen disini atau pun di email ke Yati@puteriemas.com atau mnnonie@gmail.com atau boleh hubungi saya di 012-7930712/016-7322766.

Pemborong barang kemas rugi RM1 juta dipukau warga `Arab’
09/12/2009 6:53pm

KUALA TERENGGANU 9 Dis. – Seorang pemborong barangan kemas dari Kuala Lumpur kerugian hampir RM1 juta apabila barangan kemas yang ditinggalkan di sebuah kedai emas di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini dirompak sekumpulan lima orang dipercayai warga Arab hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang, selepas mangsa meninggalkan tiga beg berisi barangan kemas dalam peti besi di sebuah kedai emas berhadapan Pasar Payang. – Utusan

Berbaloikah Pinjaman Peribadi Untuk Beli Emas

Salam sahabat emas semua…..Ramai orang bercakap-cakap berbaloikah buat personal loan / pinajaman peribadi dengan bank / koperasi / kawan-kawan / saudara mara / along untuk beli emas.

Hari ini nak pinjaman peribadi dari bank atau pun koperasi amat mudah sekali lebih-lebih lagi kakitangan kerajaan/awam.Kalau yang tak layak RM1 juta pun boleh ejas jadi layak RM1 juta.Yang paling best dan hairan yang “blacklist” pun boleh buat . Bagi kakitangan kerajaan bank yang paling mesra adalah Bank Rakyat.Pagi hantar borang , petang dapat duit.Laju betulkan……because….mereka bagi pinjam mereka dapat untung…..

Cukuplah pasal intro bank , yang saya nak kita sama-sama renung dan hayati mengenai topik berbaloikah buat personal loan / pinjaman peribadi untuk beli emas.Boleh dikatakan 80 % kakitangan kerajaan/awam membuat pinjaman peribadi ( statistik yang aku keluarkan sendiri , entah betul atau tidak ) . Tapi kemanakah duit tersebut ? Adakah pinjaman tersebut memberi pulangan kepada kita atau pun tidak.Itu semua terpulang pada individu itu sendiri samada duit tersebut dibelanjakan pada perkara berfaedah atau pun tidak.

Bagi saya , mereka yang membuat pinjaman peribadi untuk membeli emas , amat berbaloi-baloi.Alasan saya seperti pengiraan dibawah :

Contoh Pinjaman Peribadi

Anda membuat pinjaman peribadi RM10,000.00.
Tempoh bayaran balik 5 tahun.
Interest yang dikenakan 5.6% ( sekarang ni interest semakin rendah ) .
Bayaran bulanan RM RM213.33.

Total Bayaran 5 Tahun : RM213.33 X 60bulan = RM12,799.80

Contoh Kenaikan Harga Emas

Andai harga emas yang anda beli RM10,000.00.
Purata kenaikan harga emas setiap tahun 27%.
Dalam 1 tahun kenaikan harga emas yang bernilai RM10,00.00 = RM2,700.00.

Total nilai kenaikan harga emas yang anda beli dengan nilai RM10,000.00 dalam masa 5 tahun : RM2,700.00 X 5 tahun = RM13,500

Total Keseluruhan Nilai Emas Dalam Masa 5 Tahun : RM13,500 + RM10,000.00 = RM23500.00

Keuntungan Bersih Yang Anda Perolehi : RM23500.00 – RM12,799.80 = RM10700.20

p/s : Anda mempunyai sebarang pendapat / masalah untuk memahami pengiraan diatas , sila tinggalkan komen.

50,000 Pelabur Kerugian Lebih RM100 Juta

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 pelabur kerugian lebih RM100 juta kerana menyertai pelaburan penternakan cacing, lintah, sarang burung layang-layang, lembu dan kafe ala kopitiam di seluruh negara sejak dua tahun lalu.Menggunakan status syarikat skim berkepentingan, lima syarikat terbabit dipercayai menyalahgunakan lesen perniagaan masing-masing, walaupun berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pengarah Kanan Penguatkuasaan SSM, Mohammad Redzuan Abdullah, berkata dua daripada syarikat itu sudah didakwa dan beberapa lagi akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi.

Katanya, satu daripada lima syarikat berkenaan, Island Red Cafe Franchise Sdn Bhd sudah didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tiga pertuduhan menipu dan memperdayakan pelabur membabitkan pelaburan RM16 juta.

Baru-baru ini, SSM menyerbu Hadhari Cattle Industry Sdn Bhd dan Hadhari Agro Holding Sdn Bhd kerana dipercayai mempengaruhi orang awam untuk melabur dalam skim ‘Projek Pembangunan Usahawan’. Difahamkan, pelabur skim itu tidak menerima pulangan seperti dijanjikan pengurusan syarikat berkenaan.

Mohammad Redzuan berkata, modus operandi lima syarikat berkenaan ialah menawarkan saham serendah RM1,000 seunit dan menjanjikan pulangan sehingga 10 kali ganda daripada nilai pelaburan, selain insentif lain seperti kupon makanan, pakej pelancongan dan kad diskaun.
Ada syarikat menawarkan pakej pembayaran pelaburan secara ansuran bulanan untuk menarik lebih ramai menyertai skim mereka, malah sesetengah syarikat menggunakan kaedah perniagaan pelbagai peringkat (MLM) dengan pelbagai strategi pemasaran, termasuk menggunakan selebriti dan VIP.

Serentak itu, SSM kini memburu syarikat yang menganjurkan skim pelaburan sedemikian atau menyalahgunakan skim berkepentingan, terutama dalam sektor pertanian dan inovasi baru.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, SSM menerima 90 aduan membabitkan skim pelaburan berkepentingan dan daripada jumlah itu, 60 adalah syarikat yang tidak tahu mereka melanggar peraturan skim berkepentingan serta diberi notis sebelum mematuhi mengikut peraturan ditetapkan SSM.

“Bagaimanapun, kebanyakan daripada 60 syarikat itu mengambil keputusan menutup operasi dan tidak meneruskan skim berkepentingan, sebaliknya meneruskan perniagaan seperti biasa mengikut Akta Syarikat 1965.

“Selain itu, 10 syarikat dikenal pasti degil dan meneruskan skim berkepentingan. Notis sudah dikeluarkan dan ada yang meminta diberi tempoh untuk mematuhi syarat ditetapkan.

“Bagi yang masih ingkar, kita sudah mengumpulkan bukti dan saksi untuk mendakwa mereka di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menerima aduan kes itu, tetapi sukar bertindak kerana kekurangan bukti sebelum menyalurkan maklumat kepada SSM bagi membolehkan tindakan diambil.

Selain polis, SSM bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Bank Negara jika kes membabitkan aktiviti pengambilan deposit haram atau melanggar peraturan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau berkata, ramai pelabur tidak mengetahui skim berkepentingan hanya boleh dijalankan syarikat berstatus berhad (Bhd), bukannya syarikat sendirian berhad (Sdn) atau berstatus syarikat perniagaan tunggal.

“Syarikat yang menganjurkan skim berkenaan perlu mempunyai prospektus, surat ikatan amanah antara pelabur dengan syarikat dan terma serta pemegang amanah syarikat. Jika ketiga-tiga syarat tidak dipenuhi, pelabur tidak wajar menyertai skim kepentingan ini,” katanya.

Beliau mendedahkan kebanyakan syarikat yang menganjurkan skim berkepentingan berdaftar dengan SSM, namun statusnya sebagai syarikat sendirian berhad tidak melayakkannya menganjurkan skim itu.

Justeru, katanya, pengguna perlu menyemak dengan SSM jika ditawarkan mana-mana pelaburan skim berkepentingan untuk mengetahui status syarikat yang menganjurkan skim pelaburan itu.

“SSM memandang berat kes ini kerana mahu melindungi kepentingan pelabur, terutama berpendapatan rendah atau mereka yang melabur menggunakan wang pencen, gratuiti, wang simpanan dan pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB),” katanya.- Berita Harian Oleh Rohaniza Idris , 2010/03/28

DUIT, EMAS,MINYAK DAN AIR

Assalammualaikum kepada semua pembaca blog puteri emas…kali ini saya ingin berkongsi mengenai satu artikel yang di post dalam facebook…diharap para pembaya mendapat manafaat dari bacaan ini…….

 “Aku tak baca detail sangat… tapi sejak jadi unit trust consultant ni… aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni.Kalau nak tahu half value the money… guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say… dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 (1/2) 18 tahun akan dtg. Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate.

          Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj. OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat. pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka.

          Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi) Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930’s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk “FUTURE FASTFOWARD”.

          Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis. Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal “money creation” oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu).

          Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)

2. emas dan perak Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank) Sudahnya, kita semua satu dunia,simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC “THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era “haus kerana tidak ada air” dan “bergelap kerana tiada minyak” menurut kata penganalisis dunia).

          Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, “Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?” Dia jawab, “no comment. You kena tanya menteri.” Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak. Pasal tu la US heboh betul kalau dengar negara lain develop tenaga nuklear. Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas.. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. ‘I don’t keep money,” macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar.

          Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika). Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :- MD IMF, Rodrigo de Rato, “We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy. Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas “over time there is only one direction for the dollar to go – lower”. Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : “we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system.” Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, “we have a 75% chance of a crisis within 5 years”.

 Hmmm…mari kita renung sejenak…berapa lama lagi dunia kita ni dpt bertahan…. p/s: taktau btol ker tak.. untuk dikongsi dan dikaji oleh semua pembaca sahabat handai rakan taulan dan sudara mara yang dikasihi….

tq amacam?bagaimana?? kalau nak beli emas atau berkongsi ilmu tentang kebaikan emas dan cara memperbanyakkan emas anda bermula dari hanya 1 dinar, hubungi saya..Norhayati 012-7930715/016-7322766 semoga segala perkongsian ini mendapat keberkatan dunia dan akhirat…..

Emas Itulah Hartamu Yang Sebenarnya!

goldcoinsDihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu wanita-wanita dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [Ali Imran: ayat 14]

Maka, tersebutlah alkisahnya, pada 21 Februari lalu, telah diadakan Seminar Dinar Emas 2009 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya.

Langkah persatuan itu kena pada tempatnya. Saya tak sempat menghadiri seminar itu atas sebab-sebab tertentu. Moga acara seumpama ini akan dapat dijalankan daripada semasa ke semasa.

(Kepada mereka yang masih belum sedar, kita perlu beritahu bahawa dunia kita sedang berada di ambang krisis yang parah akibat sistem kapitalis. Dan, emas itu adalah antara dana penyelamat, aset bernilai masa depan!)
Saya fikir, adalah satu keperluan yang amat mendesak ke atas persatuan pelajar tersebut untuk mengadakan ‘follow-up’ ke atas para peserta bagi mendapatkan maklumbalas berhubung seminar tersebut. Ini syor pertama.
Dengan ini, persatuan itu dapat mengkaji di manakah kelemahan yang boleh mereka perbaiki dari semasa ke semasa.

Syor kedua, salinan kertas kerja itu perlulah dikaji atau kalau boleh dibukukan, dijilidkan untuk sebaran umum. Kita boleh cari mana-mana penerbit yang mungkin berminat menerbitkan hasil kajian, pemikiran dan cadangan yang dikemukakan oleh para pembentang kertas kerja di dalam seminar tempoh hari.

Setidak-tidaknya, seminar itu akan menyebabkan makin ramai pesertanya membeli emas, khasnya kalangan pelajar. Apabila wujud kesedaran membeli emas sebagai pelaburan dalam kalangan siswa, mungkin beban hutang PTPTN yang asalnya menjadi ‘liabiliti’ itu boleh diangkat sebagai aset.

Kalaulah seminar itu tidak menyebabkan keghairahan kepada pesertanya untuk membeli emas, barangkali ini petaka buruk yang bakal menimpa anak bangsa Melayu Islam dalam jangka masa panjang.

Kalau mahu diulas bab ini, panjang riwayatnya nanti. Tapi, memadailah kita katakan bahawa emas itulah harta kita yang sebenarnya jika mahu dibuat simpanan.

Petaka ke atas bangsa ini terjadi akibat kemiskinan. Kemiskinan itu adalah petaka besar dalam bangsa kita. Ini kerana kekuatan sesuatu bangsa itu diukur melalui sejauhmanakah aset yang mereka ada. Berdasarkan nas, dalil daripada Surah Ali Imran: ayat 14, harta-harta itu adalah..

Keluarga (anak-anak dan isteri), emas, perak, kuda peliharaan (kenderaan seperti kereta pada zaman ini); haiwan ternak termasuk kebun-kebun tanaman atau tanah ladang untuk bercucuk tanam.

Kedudukan emas di dalam al-Quran
Sekarang, marilah kita teliti tentang bagaimanakah kedudukan emas di dalam al-Quran itu? Berapa kalikah Allah s.w.t menyebutkan perihal emas itu di dalam al-Quran?

Surah Ali Imran, ayat 75 menyebutkan: “Dan antara ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.”

Sesungguhnya orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. [Ali Imran: 91]

Dan kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): “Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman.” [al-A'raaf: 148]

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [At-Taubah: ayat 34 - 35]

Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.” Katakanlah (wahai Muhammad):” Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul? [Surah Al-Isra': ayat 93]

Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. [Surah Al-Kahfi: ayat 31]

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. [Surah al-Hajj: ayat 23]

(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga “Adn”, yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. [Surah Faatir: ayat 33]

“(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?” [Surah az-Zukhruf: ayat 53]

Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”. [Surah: ayat 71]

Emas kekal sehingga ke akhirat!
Nampaknya emas dan perak ini berperanan juga di negeri akhirat kelak, sama ada dalam syurga atau neraka. Tuhan menyebut di dalam al-Quran betapa orang yang kufur dengan nikmatNya akan dibakar bersama emas dan perak tersebut.

Dan hal ini mungkin juga hukuman bagi orang yang tidak membayar zakat atau mereka yang menggunakan emas, perak itu untuk menindas orang miskin, membeli hamba abdi dan menjatuhkan maruah wanita ke lembah pelacuran dan lainnya.

Manakala, bagi mereka yang beriman, dipakaikan gelang emas pada tangan mereka. Ia sesuatu yang diharamkan bagi lelaki di dunia ini, tetapi dihalalkan bagi mereka di akhirat kelak.

Orang-orang yang beriman, tentulah akan membayar zakat dan ini menyebabkan harta itu berkitar semula kepada Muslimin dan dengan cara inilah orang-orang yang susah akan mendapat bantuan dan imbuhannya.

Tidak disebutkan tentang duit ringgit, dollar Amerika, Rupee, Rupiah Indonesia, pesos Filipina atau New Shekels (ILS) di Israel.

Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak!

Bezanya, jika pemilik emas itu jahat, maka emas itu dibakar di neraka dan mereka disiksa dengan kepanasan emas yang telah dilebur oleh api neraka Jahanam itu.

Sebaliknya, mereka yang beramal soleh, pandai menggunakan harta itu dengan jalan yang betul dan diredhai Allah, maka emas itu akan dikembalikan kepada mereka di syurga kelak sebagai yang telah disebutkan Tuhan di dalam al-Quran tadi. Wallahu’alam..